Info Terkini

Kami mengamalkan pengurusan berkualiti : MS ISO 9001:2008




Warga Pejabat Pelajaran Daerah Gombak mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada semua guru yang ditempatkan ke Daerah Gombak tahun 2012. Semoga tugas yang dijalankan dapat memacu gombak ke arah kecemerlangan.




[KEPUTUSAN STAM] Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.




Mesyuarat Dan Kursus

TAKLIMAT JURULATIH UTAMA SMM
Tarikh
:
30.1.2012
Hari
:
Isnin
Masa
:
2.30 petang
Tempat
:
Bilik Mesyuarat PPD Gombak
Keperluan
:
Komputer Riba
Sasaran
:
Jurulatih Utama SMM
 
PENGHANTARAN PERMOHONAN KWAPM TAHUN 1 DAN TING. 1
Tarikh
:
01.02.2012
Hari
:
Rabu
Masa
:
8.00 am – 4.30 pm
Tempat
:
Dewan Seminar PPD Gombak Tingkat 4
Keperluan
:
Hardcopy dan softcopy permohonan
Tindakan
:
PK HEM/Guru KWAMP
 
PENGHANTARAN DATA SMM
Tarikh
:
09.02.2012
Hari
:
Khamis
Masa
:
8.00 am – 4.30 pm
Tempat
:
Dewan Seminar PPD Gombak Tingkat 4
Keperluan
:
Komputer riba, wayar penyambung dan perisian SMM
Tindakan
:
Guru Data SMM

 

Berita Pendidikan


Pertandingan Menanam Biji Benih Cili Angkasa Malaysia 2012

23/01/2012

 

PELAJAR sekolah menengah seluruh negara dipelawa menyertai Pertandingan Menanam Biji Benih Cili Angkasa Malaysia 2012 anjuran Agensi Angkasa Negara.

Program dengan kerjasama Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pertanian.

Pertandingan terbuka kepada satu pasukan bagi setiap sekolah terdiri daripada 20 pelajar dan empat guru pembimbing. Setiap peserta dikehendaki menanam biji benih cili angkasa di sekolah sebagai suatu eksperimen sains.

Sekolah yang berminat menyertai program boleh mendaftar menerusi laman web http://astronomi.angkasa.gov.my/spaceseeds. Pendaftaran dibuka sehingga 20 Januari manakala pertandingan hanya bermula pada Februari dan berakhir pada Jun ini.

Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh diperoleh dengan menghubungi Farahana Kamarudin pada talian 03-88888668 atau e-mel farahana@angkasa.gov.my.