Info Terkini

Newsscroller Self DHTML - Version 1.5-2 by Kubik-Rubik.de
PDF Print E-mail

PERKHIDMATAN

·        

Unit Tatatertib dan Keutuhan  


Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa   mengemukakan borang permohonan kelulusan penerimaan hadiah oleh Jabatan penerima?


Setelah agensi penerima hadiah mengisi borang permohonan bagi mendapatkan kebenaran penerimaan hadiah oleh Jabatan Kerajaan dalam 1 salinan (Lampiran E – Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998),   
berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disertakan kepada urus setia :

Salinan surat penyerahan hadiah beserta butiran dan kos setiap item   daripada pihak yang menyumbangkan hadiah berkenaan;
Dokumen-dokumen sokongan yang lain.
  
Bilakah seseorang pegawai itu dikehendaki mengisytiharkan harta?
  
 Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Pekeliling Perkhidmatan  Bilangan 3 Tahun 2002 menyatakan bahawa seseorang pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila:

    i.    Dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
    ii.   Dikehendaki oleh Kerajaan;
    iii.  Memperolehi harta tambahan; dan
    iv.   Melupuskan harta
 
 
Berapa lama tempoh yang diberikan kepada pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan  untuk mengisytiharkan hartanya?


Sebagaimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, seseorang pegawai  yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah membuat perisytiharan harta setelah melaporkan diri       dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas tarikh melapor diri.  

Berapa lama tempoh seseorang pegawai boleh memegang jawatan pekerjaan luar?
 
 Sebagaimana yang disebut dalam perenggan 3(vii), Surat  Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 1999 mengenai Penglibatan Pegawai dan Kakitangan Di Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia, menyatakan bahawa tempoh pegawai memegang jawatan pekerjaan luar dihadkan satu (1)  tahun, tetapi boleh dilanjutkan dengan mengemukakan permohonan melakukan kerja luar seperti kali pertama.

 

Urusan Kenaikan Pangkat 
    
Apakah peluang dan laluan kenaikan pangkatBagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah?
   
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Mempunyai sebanyak sepuluh (10) jenis laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang telah disediakan oleh pihak Kementerian.

 Laluan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan  pangkat adalah seperti berikut :-

       ·         Laluan Hakiki – 4 laluan
       ·         Laluan Cemerlang – 3 laluan
       ·         Laluan Time-Based – 2 laluan
       ·         Laluan Khas untuk Guru Besar Ex-PPPLD Khas Untuk  
                 penyandang   - 1 laluan
    

Apakah peluang dan laluan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  Lepasan Diploma?

 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) mempunyai sebanyak lima (5) jenis laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang telah disediakan oleh pihak Kementerian.
 

Laluan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan Pangkat adalah seperti berikut :-

     ·         Laluan Hakiki – 1 laluan
     ·         Laluan Cemerlang – 3 laluan
     ·         Laluan Time-Based – 1 laluan
      
2.  Urusan Tanggung Kerja
    
 
Apakah yang dimaksudkan dengan Penanggungan Kerja?

 Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus   yang berkenaan. (Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007)
    
Apakah peraturan-peraturan di dalam Penanggungan Kerja?
 

 Antara peraturan-peraturan penanggungan kerja adalah seperti berikut :-

·          

            Terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi;

·         Jawatan tersebut mustahak untuk dilaksanakan;

·         Perlu ada arahan bertulis oleh Ketua Jabatan;

·         Tempoh penanggungan adalah tidak melebihi enam (6) bulan;

·         Tarikh kuatkuasa bermula dari tarikh melaksanakan tugas jawatan 

·         Ketua Jabatan boleh menamatkan penanggungan kerja seseorang     

·         Jika terputus selama empat belas (14) hari atau lebih, perlu buat perakuan kepada Pihak Berkuasa

·         Melulus samada untuk teruskan atau memperaku pegawai yang lain.
    

Siapakah yang layak untuk diperakukan menanggung kerja?

Pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja ialah :-

·         Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

·         Jika tiada seorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan,      pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun boleh diperakukan.

·         Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran,kepakaran, dan mempunyai prestasi yang baik.


Apakah jawatan-jawatan yang dibenarkan untuk penanggungan kerja?

Jawatan-jawatan yang dibenarkan untuk penanggungan ini adalah :-

·         Jawatan  terdapat dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau Waran Perjawatan

·         Jawatan tidak melangkau dua (2) Gred Yang Lebih Tinggi dan Beban Tugas Tidak Tinggi

·         Tidak terdapat Hubungan Taraf Tinggi Rendah

·         Jawatan perlu berada dalam Struktur Organisasi dan lokasi yang sama

 

Apakah syarat-syarat bagi pembayaran Elaun Tanggung Kerja?

 Syarat-syarat bagi pembayaran Elaun Tanggung Kerja adalah seperti berikut :-

·           Pegawai mesti melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung selama dua puluh lapan

·           (28) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat  atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit terkumpul yang tidak melebihi daripada    lima (5)  hari bekerja;

Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja dan kemudian telah meninggalkan tugas  jawatan yang ditanggung kerja itu selama empat belas (14) hari atau lebih berturut- turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, maka pembayaran ETK tersebut  endaklah dihentikan;

·          Bagi pegawai menanggung kerja buat kali kedua, tempohnya adalah tidak kurang empat belas (14) hari berturut-turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am;

·         Kelayakan Elaun Lebih Masa bagi pegawai yang menanggung kerja hanya boleh dibayar bagi  tugas yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit dariapada waktu bekerja

·         Seorang pegawai hanya boleh dibayar satu (1) ETK sahaja pada satu-satu masa.

·         3.    Urusan Penilaian Prestasi

·          
 Apakah tujuan penilaian prestasi dibuat?

·         Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuaidengan potensi, kebolehan,  keistimewaan serta kemajuan pegawai;

·         Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, pinjaman dan  pertukaran sementara

·         Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan gaji;

·         Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk anjakan gaji;

·         Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang (APC), darjah kebesaran, bintang dan pingat serta  surat penghargaan;

·         Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan;

·         Memberi kaunseling bertujuan memperbaiki dan mempertingkat prestasi serta   motivasi pegawai.

·               

·         Siapakah yang dimaksudkan dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)?

·         Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002,Pegawai Penilai Pertama (PPP) didefinasikan sebagai  Pegawai atasan atau penyelia yang terdekat kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya.

·         Manakala Pegawai Penilai Kedua (PPK) pula ialah pegawai atasan yang terdekat kepada Pegawai PPP dan  mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian bolehlah dibuat oleh PPP sahaja.

·          

     Apakah syarat-syarat di dalam penentuan PPP dan PPK?

·        

      Syarat-syarat di dalam penentuan PPP dan PPK adalah seperti berikut :-

·         Mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung di antara PYD dan  PPP.

·         Gred PPP hendaklah lebih tinggi daripada gred PYD.

·         Tiada hubungan kekeluargaan di antara PYD dan Pegawai Penilai.

·         Tempoh penyeliaan PYD tidak kurang 6 bulan dalam sesuatu tahun penilaian. Sekiranya PYD itu  berkhidmat di dua jabatan yang sama tempohnya,kedua-duanya PPP yang terbabit dikehendaki  menyediakan laporan prestasi PYD yang berkenaan.

·         PYD yang diselia oleh lebih daripada seorang PPP dalam tempoh masa yang berbeza-beza dan tiada  pegawai kanan yang lain yang layak membuat penilaian, maka PPP yang paling lama tempoh penyeliaannya bolehlah membuat penilaian tersebut

·          Sekiranya tiada PPP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang dari 6 bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah dibuat oleh pegawai yang lebih tinggi yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD.  Bagi PPP dan PPK tempoh minimum untuk tujuan penilaian  ialah 3 bulan; dan. Sekiranya LNPT tidak dapat dinilai oleh PPP atas alasan telah bersara, meletak  jawatan atau tidak dapat dikesan,laporan prestasi PYD hendaklah disediakan oleh PPK.

·          4.  Urusan Anjakan Gaji

·         Apakah yang dimaksudkan dengan Anjakan Gaji?

·           Anjakan Gaji ialah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di tangga berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi. Bagi anggota yang berada di matagaji maksimum, Anjakan Gaji adalah  pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di tangga yang sama pada satu peringkat yang lebih  tinggi,

·         Apakah syarat-syarat bagi mendapatkan anjakan gaji?

·           Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 melalui Perenggan 52 telah menggariskan syarat-syarat anjakan gaji adalah seperti berikut :- 

·                   a) Telah Disahkan dalam Perkhidmatan  

·                   b) Telah Lulus PTK  Aras IV berakhir pada tahun semasa   

·                   c) Mencapai tahap prestasi baik iaitu 80% dan ke atas 

·                   d) Telah Berkhidmat tidak kurang 3 tahun     

·                  e) Telah Lulus Kursus Kenegaraan bagi :-

                  -Pegawai lantikan pertama mulai 01.01.2005 yang belum disahkan,  

                  -Pegawai yang telah disahkan tetapi tempoh perkhidmatan adalah kurang 3 tahun mulai 01.01.2005

·                   f)Diperakukan oleh Ketua Jabatan

·        

      Boleh atau tidak seseorang pegawai awam menerima anjakan gaji kali kedua dan apakah ayarat-syaratmnya?

Se 

      Seorang pegawai awam boleh dipertimbangkan untuk menerima Anjakan Gaji  kali kedua dengan mematuhi   syarat-syarat berikut:-

·                  a) Lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan,

·                  b) Telah memperolehi Anjakan Gaji Pertama tidak kurang daripada satu tahun,

·                  c) Mencapai tahap prestasi yang baik

·                  d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan. 

·          Anggota yang dikenakan hukuman tatatertib, tangguh pergerakan gaji atau turun gaji, tidak layak menerima Pergerakan Gaji Biasa atau Anjakan Gaji dalam tempoh hukuman tersebut.(Perenggan 54 Pekeliling  Bil. 4/2004)

 

·        

·          

·